Aplikasi Mudah Alih Diagnosis Penyakit Dan Serangga Perosak Lada

Versi Terbaru

Versi
Memperbarui
2 Mei 2025
Kategori
Google Play ID
Instal
5.000+

App APKs

DR.LADA APP

Lembaga Lada Malaysia (MPB) menyediakan aplikasi perkhidmatan yang mudah alih bagi pengguna awam untuk mengenal pasti penyakit dan serangga perosak lada dan seterusnya mengesyorkan cara rawatan yang sesuai.

Aplikasi Mudah Alih DR.LADA terkini dinaiktaraf dengan ciri-ciri interaktif baru dan diperkembangkan untuk pengguna Android dan iOS. Aplikasi ini memudahkan pengguna mengaksesnya tanpa batasan lokasi dan masa, mesra pengguna dan dapat digunakan di kawasan tanpa capaian internet.
Ia dapat membantu khususnya pegawai pengembangan dan pekebun lada untuk mencapai maklumat penyakit dan serangga perosak dengan lebih efisien di memperkukuhkan lagi perkhidmatan pengembangan MPB dan seterusnya meningkatkan produktiviti lada.

Modul aplikasi mudah alih DR.LADA:

1. KENAL PASTI MASALAH:
Mengenal pasti penyakit dan serangga perosak lada berdasarkan Q&A, bahagian pokok dan simptom.

2. MAKLUMAT PENYAKIT:
Maklumat gambar, simptom dan cara rawatan terkini bagi 10 jenis penyakit lada.

3. MAKLUMAT PEROSAK:
Maklumat gambar, simptom dan cara rawatan terkini bagi 6 jenis serangga perosak lada.

4. GLOSARI:
Senarai istilah dengan takrifan ringkas.

5. DIREKTORI:
Alamat dan nombor telefon untuk ibu pejabat dan 11 cawangan MPB.

DR.LADA 2.0
Hak Cipta Terpelihara ©
Lembaga Lada Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Baca selengkapnya

Iklan